| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 28 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) hari ini mengumumkan enam langkah yang akan diambil bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan asas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Bantahan tersebut dibuat ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa boleh dielakkan jika kerajaan tidak membazir, tidak rasuah dan mengelak ketirisan dalam penggunaan wang negara. Demikian diumumkan penyelaras Protes, Dr. Hatta Ramli selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program bantahan terhadap kenaikan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor(KLSCAH),dekat sini hari ini. "Pada hari ini seperti yang diwarwarkan kita membincangkan respon rakyat terhadap kenaikan harga barang yang di pihak kerajaan tiada kenaikan.semuanya turun. Kita percaya ini merupakan langkah awal kerajaan. Kita tidak boleh diam sahaja, nanti satu persatu harga barang dinaikkan," katanya. Dengan slogan 'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat', pelancarannya akan diadakan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi jam 6 petang. Kampung Kerinchi dipilih untuk pelancaran kempen berkenaan kerana majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah dan sederhana, yang begitu terjejas dengan kenaikan harga barang. Gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang. Selain itu juga, Protes akan mengadakan beberapa siri protes di peringkat negeri di seluruh negara. "Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya. Protes juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas. Pimpinan parti politik diajak bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah. Protes juga jelasnya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 14 Oktober bersempena persidangan Dewan Rakyat. Sekiranya kesemua langkah ini tidak dipedulikan kerajaan, Dr. Hatta menegaskan, Protes tidak teragak-agak untuk mengadakan satu lagi demonstrasi besar-besaran. Beliau yang juag bendahari PAS bagaimanapun berkata, demonstrasi merupakan jalan terakhir setelah ruang yang panjang diberikan kepada kerajaan untuk mengubah tindakan mereka. "Dan yang terakhir, setelah usaha-usaha ini dilakukan, tapi tidak jalan juga, barulah kita buat demonstrasi yang besar. Jadi sangat bergantung kepada respon kerajaan terhadap tuntutan kita. "Kalau mereka masih tidak mahu mendengar suara rakyat, kita akan berdemo. Tapi kita tunggu sehingga hari akhir sidang Parlimen. Kalau mereka masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bula Disember ini," tegasnya. Protes dalam sidang media sama turut menyenaraikan lima tuntutan mereka kepada kerajaan iaitu mahu kerajaan menghapuskan pembaziran dan ketirisan dalam projek-projek pembangunan, melakukan penstrukturan semula subsidi sebelum menurunkannya dan mendesak kerajaan melaksanakan akta gaji minima. Selain itu, Protes menuntut kerajaan mengembalikan harga barangan yang dinaikkan ke harga asal dan yang terakhir menggesa kerajaan memberikan penjelasan mengenai subsidi RM4.6 bilion yang didakwa berjaya diselamatkan apabila harga bahan bakar diturukan pada Februari 2006. "Dikatakan wang ini akan digunakan untuk menaik taraf pengangkutan awam di negara ini tapi sekarang apa yang dilakukan dan ke mana wang itu?" soalnya. Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli Parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. sumber:http://www.harakahdaily.net |
| Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan menghadiri sidang Dun pada 3 Ogos ini setelah mendapat notis panggilan daripada speaker yang sah, V. Sivakumar. Demikian dimaklumkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini."Kami telah menerima surat daripada speaker yang sah V. Sivakumar untuk kami hadir bersidang pada 3 Ogos jam 10 pagi. Jadi kami akan hadirlah oleh kerana kami dapat surat daripada Speaker V. Sivakumar," katanya. Menurut Nizar, Speaker BN, R. Ganesan juga telah menghantar notis panggilan ke sidang Dun berkenaan kepada mereka. Namun beliau menegaskan, keputusan untuk hadir ke sidang Dun berkenaan adalah kerana menerima suart daripada V. Sivakumar, bukan kerana panggilan daripada R. Ganesan. "Kami akan hadir kerana surat daripada V. Sivakumar, bukan kerana notis daripada speaker haram itu," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Beliau juga berharap agar persidangan kali ini akan berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan. "Kami telah bagitahu kami mahukan persidangan ini berjalan lancar, licin dan mengikut peraturan biasa dan diberikan senaskhah agenda dan peraturan mesyuarat. "Sehingga hari ini kami tidak menerima apa-apa agenda daripada speaker haram. Jadi kami tidak tahu apa yang akan terjadi dan yang akan dibahaskan dalam persidangan. "Dia (R. Ganesan) tidak sebutkan dalam surat agenda-agenda seperti agenda soal jawab lisan dan sebagainya jadi kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada 3 haribulan itu," katanya. Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini. sumber:http://www.harakahdaily.net |
Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.
Bernama melaporkan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya. Menuirut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni
Pas bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan. Malangnya kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.
Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri. Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.
Pas tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkann ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa. Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.
Kewibaan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah.Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya. SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni. Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi.
sumber;http://idrisahmad.wordpress.com
Saturday, 24 July 2010
. Insyaallah pada bulan oktober 2010 tanggal 1 , 2 dan 3 haribulan , Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Akademi Tarbiyyah Pemuda sekali lagi akan melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila satu Ijtima' Tarbawi Pemuda Kebangsaan akan dianjurkan di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu
2. Ijtima' ini bakal menghimpun 3500 jentera pemuda yang merupakan penggerak dan pengamal tarbiyah disemua peringkat organisasi Dewan Pemuda sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpun 30 ribu petugas dan penggerak pilihanraya pemuda pada awal tahun depan di negeri Selangor atau Kedah .3. Ijtima' Tarbawi Pemuda Kebangsaan adalah himpunan untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda disemua peringkat [ Pusat , Negeri , Kawasan dan cawangan ]
4. Himpunan itu akan bermula pendaftarannya selepas solat jumaat 1 oktober 2010 [ 3.00 - 4.30 pm ] dan akan berakhir dengan solat zuhur pada hari Ahad 3 oktober 2010 [ 2.00 pm ] . Lokasi himpunan ini ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan Masjid Rusila [ mukhayyam \ perkhemahan ] untuk program yang bersifat outdoor .
5. Antara program menarik dan penting ialah :
- Pembentangan kertas dan taujihat Tarbiyyatur Ruuhiyyah : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ]
- Talaqqi [ menadah kitab ] Tafsir surah al Hujurat [ sehingga khatam dalam tempoh 3 hari ] : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
- Amanah Khas Amal Tarbawi oleh : Muraaqibul Am Ikhwanul Muslimin Jordan [ Penterjemah : al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Tuan Guru Hj Abdul Hadi ]
- Taujihat [ motivasi ] Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 1 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Dato' Yahya Othman [ mantan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS ]
- Taujihat Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 2 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Yb. Dato' Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]
- Pidato - pidato Tarbawi Oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Hj Abu Bakar Chik [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Al Fadhil Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
- Aktiviti spiritual seperti qiamulail , munajat , al Mathurat al Kubra dan banyak lagi aktiviti yang menarik bersifat amal tarbawi akan dilangsungkan .
6. Komander program besar ini ialah al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi Akademi Tarbiyah Pemuda . Insyaallah selepas selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat pada awal ogos nanti , beliau akan keluarkan arahan rasmi kepada semua peringkat [ negeri dan kawasan ] untuk mengambil tindakan selayaknya .
7. Saya mengambil langkah mengisytiharkan terlebih dahulu program ini untuk makluman awal kepada semua pihak agar mengosongkan tarikh [ 1 - 3 oktober 2010] bermula dari EXCO DPPP , EXCO DPPN sehinggalah kepada AJK DPP Kawasan dan Jawatan kuasa Pemuda cawangan [ JPC ]
8. Sementara menunggu arahan dan prosuder rasmi dari Akademi Tarbiyah Pemuda , saya harap beberapa tindakan awal bolehlah diambil sekarang , terutama tuan rumah DPP Negeri Terengganu dan demikian juga seluruh negeri kerana ia juga merupakan program induk DPPP . Sementara sasaran program himpunan ini ialah :
- Seluruh EXCO DPPP [ tanpa kecuali ]
- Seluruh EXCO DPPN [ tanpa kecuali ]
- Seluruh AJK DPP Kawasan [ tanpa kecuali ]
9. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadhirkan diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakkannya dalam Dewan Pemuda PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya .
10. Saya juga mengharapkan para dermawan dan sukarelawan yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap perlunya PAS menyemarakkan lagi obor Amal Tarbawi agar ia tidak pudar dan malap menghulurkan sumbangan material dan fizikal bagi menjayakannya . Tentunya ini tanggungjawab kita bersama bagi memastikan wajah PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyah unggul di negara ini terus hebat dan berwibawa .
sumber dari.http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.
Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERAPada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.
*http://satuperkongsian.wordpress.com/
My Blog List
-
Selamat Tahun Baru 2019 - Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar ...7 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...9 years ago
-
RAMADAN MENJANA TAQWA - RAMADAN MENJANA KETAQWAAN MUQADDIMAH : Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah (swt) dan dapat bertemu dengan Ramadan lagi. Ramadan mer...13 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU - Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlim...14 years ago
-
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA - Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan ...14 years ago
-
Khidmat Masyarakat Di Dun Tenang - Program khidmat ahli-ahli parlimen PAS di kg Tenang, PRK Tenang. Sedang membaiki rumah seorang pengundi15 years ago

Demikian dimaklumkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.
